
- Suleiman Mohamed & Lokman Haji Mohd. Zen

Tanah Kampong Bharu adalah kurniaan oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Abdul Samad dengan keluasaan 223 ekar bersempadankan di utaranya kini dikenali sebagai Jalan Raja Muda Abdul Aziz (Princess Road), di selatan Jalan Dang Wangi (Campbell Road), di baratnya kini Jalan Tuanku Abdul Rahman dan timurnya Sungai Klang. Pembentukan Kampong Bharu terbentuk melalui tujuh (7) buah perkampungan kecil iaitu;

12 Februari 2025 - Majlis Perasmian Sambutan UlangTahun ke 125 M.A.S Kampong Bharu Kuala Lumpur
30 April 2025 Majlis Kesyukuran 125 Tahun M.A.S & Sidang Media Berhubung Isu Semasa Kampong Bharu
Sesi bersama pelajar-pelajar dan pensyarah dari institusi pendidikan mengenai sejarah Kampong Bharu
Sesi bicara pusaka tanah lot dibawah kawasan Malay Agricultural Settlement

“Di Sini Awal Segalanya Bermula” merupakan suatu ungkapan yang mendalam dan mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik terbentuknya Kampong Bharu, Kuala Lumpur yang telah diletakkan dibawah Malay Agricultural Settlement (M.A.S) bermula pada 12 Januari 1900 oleh Residen Selangor, pada masa itu dibawah kebenaran Seksyen 5, Enakmen Tanah 1887.Peraturan-peraturan tersebut bertujuan mengkhaskan penempatan itu kepada orang Melayu sahaja dan untuk menggalakkan pertanian, kesenian dan pertukangan tangan.Antara tujuan penubuhan Kampong Bharu adalah bagi menyediakan kemudahan kepada orang Melayu yang bekerja berhampiran dengan bandar serta kerja-kerja harian mereka dengan kos yang rendah.
KRONOLOGI PENTADBIRAN M.A.S
12hb Januari 1900
M.A.S dibawah pentadbiran Federated Malay Straits Negeri Selangor.|15hb Februari 1942
M.A.S dibawah pentadbiran Tentera Jepun Negeri Selangor. YDP M.A.S yang dilantik adalah Y.S Tatuno.|13hb September 1945
M.A.S dibawah pentadbiran British Military Administration selepas Imperial Japanese Army menyerah kalah.|31hb Ogos 1957
M.A.S dibawah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.|1hb Februari 1974
Pengisytiharan Wilayah Persekutuan dan berlakunya pengeluaran Kuala Lumpur daripada Negeri Selangor.|1975 hingga kini
M.A.S bersama-sama dengan DBKL dalam perancangan dan mengurus Kampong Bharu.
KRONOLOGI KEHADIRAN AGENSI KERAJAAN DI DALAM KAMPONG BHARU
Berikut merupakan beberapa fakta dan trivia menarik mengenai Kampong Bharu:





Tentang Kami
• Mengangkat serta memelihara kepentingan Enakmen Malay Agricultural Settlement (M.A.S) di bawah pentadbiran Federated Malay Straits sejak 12 Januari 1900 yang bertanggungjawab menaungi kepentingan tanah Melayu Kampong Bharu.• Menjadikan Kampong Bharu sebagai destinasi penting bagi tujuan pengkajian serta pemahaman tentang sejarah dan pembangunan sosiologi, sosio ekonomi, sosio budaya, sosio politik orang-orang Melayu di Kampong Bharu yang bermula sejak tahun 1900.• Menjadikan Kampong Bharu sebagai destinasi Pelancongan Budaya (cultural tourism) yang komprehensif berdasarkan kepentingan sejarah penubuhan Kampong Bharu tersebut.• Memastikan legasi warisan hidup Kampong Bharu terus kekal terpelihara berpaksikan kepada seni, budaya dan warisan Melayu di tengah-tengah pembangunan Kota Raya Kuala Lumpur.• Merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di persekitaran Kampong Bharu dan Kuala Lumpur dengan projek atau program yang tersusun, sekaligus mengangkat nilai Kampong Bharu ke tahap yang lebih cemerlang dengan strategi penjenamaan baharu Kampong Bharu.
Kampong Bharu sebagai pusat rujukan warisan Melayu bandar, Hab pendidikan sejarah budaya hidup serta destinasi warisan nasional yang diperkasakan sebagai kampung yang berjiwa dan kota berakar.
Menyampai dan meningkatkan kesedaran masyarakat umum berkaitan maklumat sejarah, seni, gaya hidup dan identiti Kampong Bharu kepada masyarakat secara digital dan interaksi langsung melalui aktiviti strategik yang tersusun, menarik dan berimpak tinggi.
TANAH
• Mengurus tadbir tanah-tanah yang tidak bergeran dan tanah M.A.S dibawah kawalan M.A.S dalam kawasan M.A.S.• Menyelesaikan permasalahan yang berlaku di dalam tanah-tanah kawasan M.A.S.• Memberi khidmat mencarikan maklumat geran tanah di dalam kawasan M.A.S.• Member khidmat nasihat dan perkhidmatan mengenai tanah pusaka di dalam kawasan M.A.S.PEMBANGUNAN• Memberi permohonan meluluskan pembinaan, pembaikian, pengubahsuaian rumah, struktur binaan bangunan dalam kawasan M.A.S.SOSIAL• Bekerjsama dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan atau organisasi lain demi kebaikan dan kesejahteraan komuniti Kampong Bharu.• Merancang aktiviti M.A.S dengan pendekatan memenangi hati dan jiwa komuniti Kampong Bharu.
Anda boleh hubungi kami melalui alamat kami di bawah:[email protected]
603 2692 5220 (Pejabat)17, Jalan Haji Hashim, Kampong Bharu
50300 Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur
Malaysia
Terokai Sejarah Kampong Bharu
Kenali sejarah penubuhan dan perkembangan Kampong Bharu melalui pameran interaktif. Lihat foto lama, artifak dan kisah komuniti setempat.
Sertai Laluan Warisan Kampong Bharu
Jelajah kawasan ikonik Kampong Bharu melalui laluan warisan berpandu. Setiap hentian berkongsi kisah sejarah dan identiti komuniti.
Alami Festival Warisan Kampong Bharu
Rasai makanan tradisi dan terokai hasil kraf komuniti tempatan. Nikmati permainan rakyat dan persembahan seni budaya.
Hayati Kisah Kehidupan Kampong Bharu
Tonton dokumentari dan video pendek tentang kehidupan penduduk tempatan. Kenali seni bina rumah tradisional dan budaya masyarakat Kampong Bharu.
Nikmati Persembahan Seni Tradisi
Saksikan persembahan muzik, nyanyian dan tarian tradisional secara langsung. Menampilkan warisan Melayu, Minang, Rawa dan Jawa.